Rasisme dan ketidaktepatan sejarah Berlalu_Bersama_Angin

Scarlett mengemukakan pandangan-pandangan terhadap orang hitam yang biasa dipegang oleh pemilik-pemilik hamba di kalangan orang putih ketika itu. Beberapa contoh adalah seperti berikut:

  • "Betapa bodoh orang negro! Mereka tak pernah fikir tentang apa-apa kecuali apabila disuruh." — Scarlett fikir dalam hatinya selepas kembali ke Tara kerana kejatuhan Atlanta
  • "Betapa berani ketawa, si beruk hitam!... Aku ingin menyebat semua mereka sehingga darah mengalir... Hantu betul orang Yanki membebaskan mereka!" — Scarlett sekali lagi fikir dalam hatinya tentang pembebasan orang-orang hitam selepas peperangan.

Adakah pengarang sendiri berkongsi pandangan Scarlett merupakan sesuatu yang terbuka untuk perdebatan. Buku itu mengulangi banyak mitos mengenai Selatan sebelum peperangan, umpamanya:

  • pengabdian adalah institusi yang agak sedernana;
  • penyebatan dan penganiayaan abdi merupakan suatu kejadian yang jarang; dan
  • para hamba abdi diperlakukan dengan baik dan berasa puas hati.

Lalu bersama Angin menggambarkan tempoh Pembinaan Semula sebagai tempoh yang memperlihatkan orang-orang hitam yang tidak bertanggungjawab mengganas wanita-wanita orang putih dan mencemarkan badan-badan perundangan negara. Yang cukup menarik adalah bahawa pemerihalan umum ini juga ditulis oleh Elizabeth Avery Meriwether dalam karyanya, "Kenangan 92 Tahun". Sedangkan Mitchell masih belum dilahirkan semasa Perang atau semasa Pembinaan Semula dan mendasarkan kesemua pengetahuannya pada penyelidikan, serta pemerihalan keluarganya yang pernah mengalami tempoh-tempoh tersebut, Meriwether sendiri menghadapi kedua-dua tempoh itu.